mutakhir

'Pemergian arwah begitu cepat' [METROTV]

Oleh Suraya Roslan

“ARWAH sebelum ini sihat saja, tiada penyakit serius sebelum dia mengadu penat dan sakit dada.

“€œPada mulanya doktor menganggap kesakitan berpunca daripada paru-paru sehingga disahkan kerosakan serius pada injap jantung.”

Begitu kata Datuk Seri Shaheen Mirza Habib suami kepada Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, 6 petang semalam.

Shaheen Mirza menyifatkan pemergian arwah isterinya begitu cepat pada usia 62 tahun.

“Kali terakhir saya berkomunikasi dengan arwah isteri pada Khamis lalu sebelum menjalani pembedahan. Selepas itu, arwah koma akibat komplikasi pembedahan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Ukay Heights, Ampang Jaya, hari ini.

Sementara itu, anak kedua arwah, Shahril Reza Shaheen, 36, berkata ibunya seorang penyayang dan mengambil berat lima anak dan lapan cucunya.

“Pastinya kami semua akan merindui arwah ibu yang begitu rapat dengan kami,” katanya.

Berita berkaitan

Maznah 'Iron Lady' sudah tiada [METROTV]

Disiarkan pada: October 5, 2017 @ 1:37pm
d