mutakhir

Dua mati ditembak ketika makan

Oleh Harun Yahya

DUA lelaki mati ditembak di sebuah kedai makan di Lorong Pahlawan di Sibu, 12.15 tengah hari, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zailanni Amit berkata, mangsa yang maut adalah Lau Ngik Yin, 47, dan Loh Lik Siong, 21.

“Ketika ditembak, kedua-duanya sedang makan bersama seorang wanita warga China dan seorang lagi rakan.

“Tiba-tiba, muncul seorang lelaki bersenjatakan pistol dan terus melepaskan empat das tembakan ke arah kedua-dua mangsa,” katanya di lokasi.

Zailanni berkata, pihaknya dimaklumkan saksi bahawa suspek datang seorang diri selain berjaket merah lengan panjang dan memakai topi keledar.

Menurut beliau, suspek melepaskan tembakan daripada jarak kira-kira lima meter.

“Suspek kemudiannya melarikan diri dengan menunggang motosikal yang di parkir di lokasi berhampiran,” katanya.

Disiarkan pada: October 5, 2017 @ 3:09pm
d