mutakhir

'Zalimnya roboh rumah bekas pegawai masjid'

Oleh Idris Musa

MENTERI Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar menyifatkan tindakan merobohkan kediaman dan kedai bekas pegawai Masjid Lapangan Terbang Subang (LTAS), Subang dekat sini, semalam sebagai zalim.

“Itu satu tindakan yang zalim. Janganlah. Kita ada cara untuk selesai masalah. Macam saya juga, bila kita siasat, tengok ada maahad tahfiz yang tidak lengkap, kalau ikut undang-undang akta bomba kita boleh tutup. Tapi kita tak tutup.

“Kita bincanglah baik-baik. Jadi, ambil-ambil tindakan ni, tindakan yang zalim. Yang rumah Islam tu dia runtuh, habis yang nak buat berfoya-foya boleh pula. Inilah 'keistimewaan' kerajaan Selangor,” katanya pada sidang media di Petaling Jaya, hari ini.

Noh berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan merobohkan struktur bangunan didiami dua bekas pegawai masjid itu sejak 24 tahun lalu.

Pada operasi perobohan itu, berlaku sedikit kekecohan apabila ada pihak memprotes tindakan terbabit.

Disiarkan pada: October 5, 2017 @ 5:13pm
d