mutakhir

31 jam tawan Rante Mario

Oleh Zaid Salim

DUA belas pendaki Kembara Intergrasi Terengganu De' Latimojong merealisasikan misi menawan puncak Rante Mario di pergunungan Latimojong, Sulawesi Selatan.

Puncak setinggi 3,479 meter adalah pergunungan tertinggi di Sulawesi Selatan dan ditawan antara jam 12 hingga 1 tengah hari, Rabu lalu.

Puncak itu ditawan selepas melalui 31 jam pendakian dan cabaran, termasuk cuaca sejuk dan hujan dua hari.

Dua wakil Harian Metro, Ghazali Kori dan Zaid Salim melakar sejarah apabila menjadi kumpulan pertama dari Terengganu menawan puncak gunung itu.

Kembara Intergrasi Terengganu De' Latimojong anjuran Pertubuhan Karyawan Kreatif Darul Iman (Karyawan) diketuai Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Terengganu, Leftenan Kol (PA) Che Adam A Rahman.

Beliau yang juga Chief De Mission memulakan perjalanan pada 30 September lalu.

Che Adam berkata, semangat berpasukan dan saling membantu menjadikan faktor kejayaan.

Selain itu, katanya, kumpulan pendaki turut melakukan aktiviti kemasyarakatan bersama penduduk Desa Karangan iaitu kampung terakhir di kaki gunung itu.

“Kami memberi sumbangan beras kepada penduduk dan makanan ringan untuk kanak-kanak," katanya.

Disiarkan pada: October 6, 2017 @ 10:00am
d