mutakhir

Syor Benjy dipenjara 14 tahun

Oleh Agensi

Medan: Pihak pendakwaan mencadangkan pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim, 38, atau lebih dikenali sebagai Benjy dikenakan hukuman penjara 14 tahun atas dakwaan menyeludup dadah jenis syabu seberat 4.5 gram ke Indonesia.

Pihak pendakwaan turut memohon hukuman penjara serta denda sebanyak Rp800 juta (RM250,944) dijatuhkan ke atas Benjy dalam perbicaraan di Mahkamah Daerah Medan, kelmarin.

Pendakwa Raya, Maria F Tarigan berkata, Benjy melanggar Undang-Undang Narkotik 2009 negara itu.

“Kami menuntut panel hakim memenjarakan tertuduh selama 14 tahun,” katanya pada sesi perbicaraan di hadapan hakim Wahyu Prasetyo Wibowo.

Pelakon berkenaan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Medan, Indonesia pada 18 April lalu bersama dadah yang dilaporkan disembunyikan pada bahagian duburnya.

Disiarkan pada: October 6, 2017 @ 10:04am
d