mutakhir

Syukur, banjir sudah surut

Oleh Recqueal Raimi

BANJIR kilat yang melanda tujuh kampung di Kota Belud sejak malam tadi beransur pulih selepas air mulai surut, 7.30 pagi hari ini.

Pemangku Pengarah APM negeri Leftenan Kolonel Mohd Izaimi Md Daud berkata, semua kampung dan jalan yang terbabit banjir sudah pulih dan boleh dilalui semua kenderaan.

“Bagaimanapun, anggota APM masih menjalankan pemantauan di kawasan yang dilanda banjir malam tadi.

“Anggota APM juga bersiap sedia dengan sistem paparan ‘Security And Intergrated Flood Operation Network’ (SAIFON) bagi mengenal pasti amaran bahaya paras banjir,” katanya ketika dihubungi.

Jam 7.30 malam tadi, Kampung Bobot, Kampung Ejuk, Kampung Siasai Tamu, Kampung Kota Belud, Kampung Menunggui, Kampung Sembirai dan Kampung Lingkodon dinaiki air susulan hujan lebat sejak 4.15 petang semalam.

Bagaimanapun, tiada pemindahan penduduk dilakukan berikutan paras air banjir terkawal.

Disiarkan pada: October 6, 2017 @ 12:55pm
d