mutakhir

Rentung dalam lori

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

PEMANDU lori muatan balak rentung selepas kenderaan yang dinaiki melanggar treler sebelum terbakar di Kilometer 302 Lebuhraya PLUS dekat Bangi, 3.12 pagi, hari ini.

Kejadian itu juga menyebabkan tiga lorong di kawasan berkenaan ditutup bagi tujuan pemadaman dan pengalihan kenderaan itu.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihakny menerima panggilan pada 3.12 pagi sebelum satu jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

"Ketika tiba di lokasi kejadian api sedang marak di lori yang membawa muatan balak berkenaan.

"Api berjaya dikawal kira-kira dan mendapati terdapat seorang mangsa di bahagian pemandu lori berkenaan," katanya.

Menurutnya, treler berkenaan turut terbakar dan pemandunya berjaya menyelamatkan diri.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Serdang untuk tindakan lanjut," katanya.

Disiarkan pada: October 7, 2017 @ 12:01pm
d