mutakhir

Penuntut POLISAS lemas

Oleh Shahrul Nizam Mohamad

PENUNTUT Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Semambu, lemas selepas mandi bersama lapan rakan di tingkat satu Air Terjun Berkelah, Kuantan, 3.30 petang , hari ini.

Mangsa Muhammad Ashraf Amran, 19, beralamat di Flat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, ditemui pasukan penyelamat selepas tiga jam menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Anuar Hassan berkata, mayat mangsa ditemui Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) pada jam 6.01 petang tadi dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, untuk bedah siasat dijalankan.

"Kejadian disedari rakan mangsa yang menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas untuk meminta bantuan," katanya ketika dihubungi, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

Disiarkan pada: October 7, 2017 @ 9:51pm
d