mutakhir

Bapa rayu bantu cari anak istimewa

Oleh Mohd Sabran Md Sani

Johor Bahru: Seorang bapa merayu kepada orang ramai untuk membantu mencari anak lelakinya yang juga orang kurang upaya (OKU) lembam yang menghilangkan diri sejak Selasa lalu.

Mohd Top Abdul Rahman, 81, dari Kampung Melayu Majidi, di sini, berkata kehilangan anaknya Muzaffar, 42, yang keluar rumah memakai baju merah dan berseluar belang disedari isterinya Sulimah Umor, 67, jam 10 pagi.

“Ketika itu isteri memaklumkan anak saya lari dari rumah dan kejadian berlaku ketika dia (isteri) mengemas di dapur.

“Isteri memberitahu Muzaffar membuka pintu hadapan lalu keluar ke Larkin Perdana tanpa membawa MyKad dan kad OKU,” katanya yang berkunjung ke pejabat Harian Metro di Bandar Baru Uda, di sini, semalam.

Bapa kepada enam anak itu berkata, usaha menjejaki anaknya sudah dilakukan, namun menemui jalan buntu.

“Puas saya mencari termasuk ke kedai berhampiran namun gagal. Saya dimaklumkan Muzaffar menyeberang jalan sehingga ke Larkin Perdana, namun kelibatnya belum ditemui sehingga kini,” katanya.

Katanya, orang ramai yang mengetahui Muzaffar diminta menghubungi anak sulungnya Abdul Rahman di talian 019-7893234.

Disiarkan pada: October 8, 2017 @ 5:57am
d