mutakhir

Plat KEL dibuka untuk bidaan

Oleh Aizat Sharif

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah menyasarkan pungutan hasil bidaan tertinggi sebanyak RM2 juta apabila siri plat nombor pendaftaran €˜KEL€™ mula dilancarkan untuk bidaan sejak semalam di negeri itu.

Pengarahnya, Ismasuhaimi Shariff berkata, sasaran itu dijangka dapat dicapai berdasarkan keupayaan siri nombor pendaftaran berkenaan yang dilihat mampu membentuk pelbagai kombinasi huruf dan perkataan yang unik seperti €˜KEL1€™, €˜KEL45€™, €˜KEL14€™, €˜KEL48€™ serta €˜KEL154€™.

Beliau berkata, sebelum ini rekod pungutan tender tertinggi bagi nombor pendaftaran kenderaan di negeri ini adalah membabitkan siri €˜KEE€™ yang mencatatkan jumlah RM1.8 juta dimana untuk siri €˜KEE1€™ sahaja ada yang dibida sehingga RM308,000.

“€œSelain itu, bagi siri plat nombor pendaftaran €˜KEK€™ pula, ia merekodkan bidaan tender mencecah RM1.5 juta dan bagi siri €˜KEK1€™ pula, ia dibida dengan harga RM189,000.

“€œUntuk siri €˜KEL€™ pula, bidaan tender bagi siri plat nombor pendaftaran berkenaan sudahpun bermula sejak jam 8 pagi semalam dan akan berterusan selama dua minggu sehingga jam 12 tengah hari pada 23 Oktober nanti,”€ katanya di pejabat JPJ negeri di Alor Setar, hari ini.

Katanya, bagi siri plat nombor pendaftaran €˜KEL€™, ia akan bermula dari angka satu hingga 9999.

€Menurutnya, pihaknya kini sedang mendaftarkan siri plat nombor pendaftaran €˜KEK€™ yang kini sudahpun mencapai kepada €˜KEK4687€™ dan menjangkakan ia mencecah sehingga angka 9000 pada awal bulan depan.

“€œBidaan bagi siri €˜KEL€™ yang dilakukan untuk dua minggu ini pula dijangka dapat dimulakan untuk pendaftaran pada pertengahan bulan depan,”€ katanya.

Beliau berkata, di sebalik keghairahan orang ramai untuk membida tender pada siri nombor pendaftaran kenderaan yang mereka sukai, peraturan harus tetap diikuti dimana pemilik harus menggunakan nombor plat pendaftaran mengikut spesifikasi atau peraturan ditetapkan JPJ.

Disiarkan pada: October 10, 2017 @ 12:31pm
d