mutakhir

Penyokong penuhi perkarangan mahkamah [METROTV]

Oleh Norasikin Daineh

ANGGOTA polis mengawal keadaan perkarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu selepas kira-kira 200 orang ramai dan penyokong Parti Warisan Sabah (WARISAN) hadir bagi memberi sokongan kepada pemimpin parti mereka yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tinjauan Harian Metro mendapati sepasukan polis sudah berada di perkarangan kompleks seawal 8.30 pagi sebelum orang ramai mula memenuhi kawasan terbabit.

Bagaimanapun setakat ini, keadaan terkawal.

Semalam, tiga individu termasuk Ketua Wira, Datuk Mohd Azis Jamman ditahan SPRM dan dijangka dibawa ke mahkamah bagi permohonan tahanan reman, petang hari ini.

Ia bagi membantu siasatan SPRM berhubung kes penyelewengan RM1.5 bilion dana sebuah kementerian persekutuan di Sabah.

Disiarkan pada: October 10, 2017 @ 12:59pm
d