mutakhir

Touch 'n Go edisi terhad

Oleh HM Digital

Kuala Lumpur: Touch ‘n Go Sdn Bhd (TNGSB) melancarkan kad edisi terhad terbaru TNG-TN50 sempena majlis sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) di ibu pejabatnya di Bangsar South, di sini, semalam.

Pelancaran itu disempurnakan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. Ia disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif TN50 R Effendi Razali dan Ketua Pegawai Eksekutif TNGSB Syahrunizam Samsudin.

Kad edisi terhad TNG - TN50 ini adalah hasil kerjasama strategik antara TNGSB dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha mengadaptasikan aspirasi generasi muda yang dilambangkan melalui kad pintar pelbagai guna Touch ‘n Go.

Ia seiring visi TNGSB sebagai pemangkin yang menyokong agenda nasional negara ke arah merealisasikan masyarakat tanpa tunai.

Disiarkan pada: October 11, 2017 @ 5:35am
d