mutakhir

Cari penyakit...

Oleh Norizuan Shamsuddin

LELAKI ditangkap ketika cuba mengintai wanita di sebuah rumah di Kampung Paya Jaras Dalam, Sungai Buloh, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Asisten Komisioner S Somu berkata, suspek berusia 20-an ditahan orang awam selepas didapati menceroboh kawasan kediaman sebelum diserahkan kepada polis pada 3.15 pagi.

Katanya, pemilik kediaman memaklumkan melihat kelibat suspek merangkak di tepi rumah sebelum ditangkap dengan bantuan keluarga dan jiran.

"Sewaktu tangkapan dilakukan lelaki terbabit cuba melawan sehingga menyebabkan berlaku pergelutan namun dia berjaya ditangkap.

"Suspek dapati mengalami kecederaan di bibir akibat pergelutan itu.

"Hasil soal siasat mendapati suspek menceroboh kawasan kediaman terbabit adalah untuk mengendap anak perempuan pemilik rumah berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, suspek direman selama tiga hari sehingga 13 Oktober ini bagi siasatan mengikut Seksyen 477 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

Disiarkan pada: October 11, 2017 @ 1:31pm
d