mutakhir

Pusat urut refleksologi konon

Oleh Fardy Bungga

TIGA wanita warga Filipina yang dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran dengan berselindung di sebalik pusat urut refleksologi ditahan dalam operasi Op Noda di Kota Kinabalu, semalam.

Dalam serbuan 5 petang itu, ketiga-tiga wanita berusia 23 hingga 40 tahun itu turut didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri sah.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, serbuan dilakukan berdasarkan kepada maklumat awam dan risikan pihaknya.

Katanya, operasi dijalankan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bagi mengesan kegiatan maksiat dan pekerja asing tanpa permit.

"Hasil pemeriksaan di lima premis rumah urut di sekitar bandar raya ini, polis menahan ketiga-tiga wanita yang bekerja sebagai tukang urut.

"Ketiga-tiga wanita ini ditahan atas kesalahan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah dan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963," katanya.

Selain itu katanya, mereka turut disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1963 kerana tidak memiliki permit kerja yang sah.

Sehubungan itu, Chandra memberitahu orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti maksiat dan pelacuran atau sebarang aktiviti menyalahi undang-undang supaya disalurkan kepada pihak polis.

"Semua maklumat boleh disalurkan di balai polis berhampiran, melalui media massa, panggilan telefon hotline IPD KK (088-259222 / 242211 / 221191) atau melalui aplikas Volunteer Smartphone Patrol," katanya.

FOTO polis

#kw pusat refleksologi warga asing pelacuran

#loc 5.9804079999999997, 116.0734568

Tamat

Disiarkan pada: October 11, 2017 @ 7:11pm
d