mutakhir

'Suka-suka aje...'

Oleh Nabihah Kamal

 

MENGGUNAKAN batang paip pvc dan tong air bagi menghasilkan sampan. Itu yang dilakukan tukang rumah, Azamuddin Ahmad, 35.

Pada Isnin lalu, Azamuddin memuat naik gambar menghasilkan sampan itu di Facebook (FB) hingga menarik perhatian netizen.

Menurut bapa dua anak itu, dia hanya mengisi masa lapang ketika membuat sampan itu.

"Saja buat suka-suka untuk anak saya bermain di tasik berhampiran rumah saya.

"Terkejut juga apabila status saya tular dan ada yang suka ," katanya yang tinggal Kuala Kangsar, Perak.

Azamuddin berkata, sampan itu dihasilkan dalam tempoh tidak sampai sehari.

"Saya tukang buat rumah, jadi barangan asas seperti paip dan kayu sudah ada.

"Justeru, saya buat sampan tidak sampai sehari sudah siap dengan bantuan rakan," katanya.

Menurut Azamuddin, selepas tular di FB, ada rakan yang meminta dia hasilkan lagi sampan seperti itu untuk kegunaan ketika kecemasan seperti banjir.

 

Disiarkan pada: October 11, 2017 @ 10:29pm
d