mutakhir

Sebulan hasilkan serunding rebung

Oleh HM Digital

Kuantan: Tempoh sebulan diambil empat pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Semambu, untuk menghasilkan serunding rebung
yang muncul juara keseluruhan produk
baru pada Karnival
Halal 2017 di pekarangan Dewan Sri Mahkota POLISAS, baru-baru ini.

Tempat kedua berpihak kepada produk gummi kurma madu dan ketiga, keropok hampas kelapa.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Pengarah POLISAS Norlida Abd Razak.

Pelajar Nurul Ain Zulkifli, 20, berkata, mereka mengambil masa sebulan menghasilkan serunding rebung daripada rebung buluh madu yang melalui beberapa proses.

Produk itu perlu menjalani empat peringkat proses seperti menghiris, merebus dan menumis bersama santan sehingga kering sebelum disejukkan secara semula jadi.

Katanya, kelebihan serunding rebung adalah kandungan protein dan serat yang tinggi selain mudah disediakan
dan tidak memerlukan perbelanjaan besar
untuk menyediakannya.

“Sebelum menghasilkan produk serunding rebung saya mendapatkan nasihat beberapa tukang masak tradisional termasuk emak
di kampung yang memiliki kepakaran membuat serunding daging,” katanya.

Sebanyak 16 produk baru dihasilkan pelajar Jabatan Teknologi Makanan POLISAS dipamerkan untuk menentukan produk terbaik bagi melayakkan penyelidik menerima hadiah seterusnya mewakili POLISAS
ke pertandingan
peringkat kebangsaan.

Nurul Ain berkata, kerjasama bersama
tiga pelajar lain iaitu Nurulshamimi Sahira Muhd Yunus, 20, Nurshahirah Nurudin,
20, dan Nurhidayah Nor Azman, 20.

Disiarkan pada: October 12, 2017 @ 6:09am
d