mutakhir

Lari tinggal lori [METROTV]

Oleh Mohamad Zulhairie Manzaidi

KECEKAPAN lima anggota Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Kelantan mengejar lori lima tan yang mencurigakan sejauh 50 kilometer, berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok.

Komander AKSEM Kelantan, Mohd Asri Yahya berkata, pihaknya menahan lori terbabit di persimpangan Jalan Kampung Bahagia, Jerteh, Terengganu, pada jam 7 pagi semalam, selepas mengejarnya dari Pantai Senok, Bachok selama 45 minit.

Sebelum itu, anggotanya sudah melakukan intipan di lokasi berkenaan sejak 5 pagi.

Katanya, hasil pemeriksaan yang dilakukan menemui sejumlah 8,250 karton atau 1,650,000 batang rokok putih jenama U2.

“€œKita percaya rokok terbabit diseludup dari negara jiran Thailand melalui Pantai Senok, Bachok, dipercayai untuk pasaran sekitar Terengganu dan Pahang.

“€œRokok yang dirampas itu ditaksirkan bernilai RM1.13 juta termasuk cukai, manakala nilai lori dianggarkan berjumlah RM80,000. €œBagaimanapun kita tidak berjaya menahan pemandu terbabit kerana melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran," katanya di pejabatnya di Kota Bharu, hari ini.

Beliau berkata, lori dan rokok terbabit disita dan dibawa ke pejabat AKSEM Kota Bharu untuk pemeriksaan lanjut.

“€œKes akan diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia negeri Kelantan dan disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967," katanya.

Mohd Asri berkata, pihaknya juga kini sedang mempertingkatkan aktiviti pencegahan penyeludupan sempena sambutan Deepavali.

Katanya, operasi bersepadu dijalankan di kawasan yang sudah dikenal pasti dengan kerjasama agensi penguatkuasaan sempadan yang lain.

“€œDalam masa terdekat, kita akan lancarkan operasi bersepadu dan menumpukan aktiviti jenayah rentas sempadan seperti barangan larangan, kawalan dan juga pendatang asing tanpa izin.

“Saya juga menyeru orang ramai agar membantu AKSEM dengan menyalurkan maklumat agar aktiviti menyalahi undang-undang dapat dibanteras," katanya.

Disiarkan pada: October 12, 2017 @ 1:37pm
d