mutakhir

'Kenapalah kau pukul bapa'

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi dan Safuri Kamarudin

SEORANG lelaki berusia 31 tahun ditahan polis, semalam, selepas memukul bapanya yang berumur 60 tahun dan mengugut membakar rumah mereka di Kampung Batu 7, Jalan Kroh, Baling, Ahad lalu.

Dalam kejadian 9 pagi, suspek berselisih faham dengan bapanya kerana tidak dibenarkan mengambil motosikal Honda C70 milik mangsa menyebabkan dia mengamuk.

Menurut sumber, suspek yang tidak berpuas hati bertindak mengambil parang panjang dan terus memukul bapanya itu menyebabkan mangsa cedera di kening dan lebam di badan.

"Tidak cukup dengan itu, dia turut mengugut ingin membakar rumah dan membunuh bapanya.

"Selepas membelasah mangsa, suspek kemudian beredar bersama motosikal bapanya itu," katanya.

Sumber berkata, mangsa yang cedera kemudian dirawat di di Hospital Baling dan menerima enam jahitan.

Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Shariffuddin Yusuf ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan suspek sudah ditahan semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, suspek direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Disiarkan pada: October 12, 2017 @ 3:52pm
d