mutakhir

Kejohanan boling mesra media, PPj

Oleh HM Digital

Putrajaya: Dalam usaha menghargai peranan media menyampaikan maklumat kepada masyarakat, Perbadanan Putrajaya (PPj) menganjurkan Kejohanan Boling Mesra Media di pusat beli-belah di sini, kelmarin.

Kejohanan itu disertai 63 peserta membabitkan 21 pasukan terdiri daripada petugas media yang bertugas di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini dan kakitangan PPj.

Setiap pasukan yang diwakili tiga pemain perlu menamatkan tiga perlawanan dalam pertandingan yang berlangsung selama dua jam bermula jam 8 malam untuk merebut gelaran juara.

Juara bagi kejohanan dimenangi pasukan Media Prima dibarisi Johari Salleh, Herryanie Salihin dan Ahmad Irham Mohd Noor yang memperolehi 1,128 jatuhan pin.

Kemenangan itu juga membolehkan pasukan terbabit membawa pulang wang tunai RM500 yang disampaikan Naib Presiden Perkhidmatan Korporat PPj Datuk Rogaizat Abdullah.

Turut hadir Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Akmar Hisham Mokhles.

Pasukan gandingan wartawan dan jurufoto The New Straits Times Press (NSTP) Biro Putrajaya pula berjaya memenangi tempat kedua dengan 1,115 jatuhan pin, dan membawa pulang wang tunai RM400.

Disiarkan pada: October 13, 2017 @ 8:31am
d