mutakhir

Kawal diesel supaya tak masuk longkang

Oleh Mary Victoria Dass

LORI tangki minyak terbalik menyebabkan tumpahan diesel di Lebuhraya Pasir Gudang, dekat Masjid Al-Mizan, Kempas, awal pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, jumlah tumpahan tidak dapat dipastikan.

Menurutnya, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru mengambil langkah pencegahan bagi mengelak tumpahan berlarutan.

Menurutnya, ia juga bertujuan mengawal tumpahan itu daripada merebak ke longkang berhampiran.

"Kejadian tidak mengakibatkan sebarang kemalangan nyawa dan pemandu lori tangki itu selamat. Operasi membersihkan kawasan itu tamat pada 10.15 pagi," katanya.

Disiarkan pada: October 13, 2017 @ 3:30pm
d