mutakhir

Ajal di landasan kereta api

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

LELAKI 30-an maut dilanggar tren ETS, dekat Damansara, dalam kejadian pada 11.52 malam tadi.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, tren terlanggar sesuatu di Kilometer 375.4 ketika dalam perjalanan dari KL Sentral ke Batu Gajah.

Menurutnya, penjelasan itu adalah berdasarkan keterangan pengadu iaitu kapten tren berkenaan.

Mohd Zani berkata, apabila kapten itu daripada tren untuk membuat pemeriksaan, dia mendapati lelaki tanpa identiti ditemui maut berdekatan tren.

“Tempurung kepala lelaki 30-an pecah dan disahkan mati oleh pasukan paramedik dari Hospital Selayang pada 1.45 pagi.

“Tiada sebarang dokumen pengenalan diri mahupun telefon bimbit ditemui di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat.

Disiarkan pada: October 14, 2017 @ 10:45am
d