mutakhir

Dua maut 

Oleh Rosman Shamsudin

 

am@hmetro.com.my

 

Dua maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 396 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Tanjung Malim di sini pagi tadi.

Dalam kejadian 1.34 pagi itu, kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Alza yang dinaiki tiga mangsa dilanggar dari belakang oleh Proton Wira.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata, sepasukan anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu mangsa yang tersepit akibat kemalangan itu.

Katanya, dua mangsa yang menaiki kereta Perodua Alza disahkan meninggal dunia dan seorang lagi cedera.

"Mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Slim River oleh pasukan perubatan untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, indentiti mangsa sedang dikenalpasti.

Operasi diketuai oleh Pemangku Penyelia Ibrahim Mat Isa.

 

Disiarkan pada: October 15, 2017 @ 9:39am
d