mutakhir

'Video 2010, viral balik' kata ANIH

Oleh Mohd Hasbi Sidek

RAKAMAN video tular mendakwa kemalangan di Lebuh Raya Kuala Lumpur- Karak (KLK), sejak petang semalam, adalah tidak benar.

Ia adalah rakaman kemalangan pada 2010 di Negeri Sembilan.

ANIH Berhad selaku syarikat konsesi KLK dalam satu kenyataan mengesahkan perkara itu.

“Kami ingin memaklumkan video kemalangan bas yang sedang tular di laman Facebook (FB) adalah tidak benar.

“Kemalangan berkenaan adalah insiden lama yang terjadi di lebuh raya PLUS, dekat Pedas-Linggi, pada 10 Oktober 2010," katanya.

Video itu tular di FB dan Whatsapp.

Video berdurasi empat minit dan 57 saat itu menunjukkan beberapa mangsa terbaring atas jalan sambil dibantu beberapa pengguna jalan raya.

ANIH Berhad berkata, pihaknya menasihatkan pengguna KLK berhenti berkongsi video berkenaan dan mengikuti laman rasmi Facebook LPT dan Twitter @LPTTrafik bagi mendapatkan maklumat terkini.

Disiarkan pada: October 15, 2017 @ 12:52pm
d