mutakhir

Pabila ajal menjemput...[METROTV]

Oleh Rosli Ilham

PELAJAR tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar, maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung sebuah lori di Jalan Pulau Serai-Rajawali, Dungun, hari ini.

Dalam kejadian 4.30 petang, mangsa Muhammad Nur Hafizuddin Mohd Norudin, 17, yang parah di kepala maut di tempat kejadian.

Mangsa yang menunggang motosikal Honda EX5 dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas selesai menunaikan solat Asar di Masjid Lama Kampung Rajawali.

Difahamkan, mangsa dipercayai keluar dari sebuah simpang sebelum bertembung dengan lori yang datang dari arah Pulau Serai menghala ke Rajawali.

Pemandu lori, bagaimanapun tidak sempat mengelak selepas motosikal itu secara tiba-tiba keluar dari simpang terbabit.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan kejadian, berkata mayat remaja itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasat.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Disiarkan pada: October 15, 2017 @ 8:25pm
d