mutakhir

Rakyat Malaysia ditahan bawa syabu

Oleh Mohd Sabran Md Sani

WANITA rakyat Malaysia berusia 23 tahun ditahan pihak berkuasa Singapura selepas menemui 208 gram syabu dalam kereta dipandunya di Pusat Pemeriksaan Woodlands, pada 8.30 malam kelmarin.

Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura dalam kenyataan mengesahkan rampasan dadah dianggarkan bernilai lebih RM62,300 itu.

"Pegawai ICA mendapati dadah dirampas itu dianggarkan bernilai lebih daripada S$20,000 (RM62,300).

"Barangan itu ditemui anggota ICA yang membuat pemeriksaan ke atas plastik yang diletakkan di dalam pemegang cawan minuman di tempat duduk penumpang belakang .

"Wanita yang memandu bersendirian itu kemudiannya ditahan untuk tindakan lanjut," katanya

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati plastik itu mengandungi dadah ice (syabu) seberat 208 gram," katanya menerusi kenyataan bersama Biro Narkotik Pusat (CNB) itu.

Wanita itu kemudiannya diserahkan kepada CNB untuk siasatan lanjut.

Disiarkan pada: October 15, 2017 @ 8:40pm
d