mutakhir

Anggota peronda PLUS maut [METROTV]

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

ANGGOTA peronda Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) maut dalam kemalangan di Kilometer 231, Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, berhampiran Plaza Tol Pedas-Linggi, Rembau, hari ini.

Pada kejadian 3.55 petang, mangsa, Mohd Nazri Aziz, 28 sedang mengutip kon di tepi jalan bersama rakan sekerja sebelum dirempuh lori.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Tampin, Roslan Sahrani berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.56 petang mengerahkan tujuh anggota ke lokasi.

"Sebaik tiba 4.27 petang, kami mendapati Mohd Nazri berada di bawah lori dan sudah meninggal dunia. Dia parah di bahagian kepala dan seluruh anggota badan," katanya.

Roslan berkata, dua lagi lelaki iaitu pemandu dan penumpang lori tersepit dalam kenderaan menyebabkan mereka parah.

"Pihak kami mengambil masa enam minit bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit," katanya.

Beliau berkata, seorang lagi anggota peronda PLUS yang cedera, mayat Mohd Nazri serta mangsa tersepit dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban, dekat sini untuk tindakan lanjut," katanya.

Disiarkan pada: October 16, 2017 @ 9:03pm
d