mutakhir

Sembunyi dadah dalam teh

Oleh Hadzlihady Hassan

POLIS rampas 6.98 kilogram syabu bernilai RM488,600 dan tahan lelaki dalam serbuan di kondominium di Pulau Tikus, Georgetown, Selasa lalu.

Dalam serbuan 6.50 petang itu, suspek yang juga ahli perniagaan berusia 43 tahun ditahan selepas polis melakukan risikan dan menerima maklumat awam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, siasatan mendapati dadah terbabit disembunyikan dalam bungkusan teh China dan dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.

Menurutnya, polis turut menyita barang kemas, wang tunai, jam tangan Rolex, tiga motosikal dan sebuah kereta yang jumlah keseluruhannya bernilai RM 294, 989.

"Suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya pada sidang media, hari ini.

Disiarkan pada: October 19, 2017 @ 3:14pm
d