mutakhir

Rugi RM10,000 ketika tidur

Oleh HM Digital

Miri: Seorang wanita hanya menyedari kediamannya dipecah masuk penjenayah selepas terjaga daripada tidur dan mendapati keadaan rumahnya di Pujut, di sini, berselerak, kelmarin.

Wanita berusia 35 tahun itu terjaga kira-kira jam 8.30 pagi dan terkejut melihat keadaan kediaman di tingkat atas rumah kedai itu berselerak selain terdapat kesan umpil di pintu hadapan.

Sumber berkata, mangsa membuat pemeriksaan dan mendapati barang berharga bernilai RM10,000 miliknya lesap.

Menurutnya, antara barangan berharga milik mangsa yang hilang ialah sebuah komputer riba, kamera, tablet dan wang tunai RM1,500.

“Bagaimanapun perbuatan individu yang memecah masuk rumah itu berjaya dirakam kamera litar tertutup di kedai runcit di tingkat bawah rumah mangsa.

“Mangsa membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Pusat Miri,” katanya

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes masih disiasat.

Disiarkan pada: October 20, 2017 @ 5:58am
d