mutakhir

Siasat dakwaan jualan data peribadi

Oleh Afiq Hanif

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menyiasat dakwaan portal berhubung penjualan data peribadi pengguna di negara ini.

Dalam kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat laporan bahawa terdapat pengiklanan menjual data pengguna disyaki diperolehi secara tidak sah.

"Sebagai langkah pencegahan, pihak MCMC telah meminta pentadbir portal itu untu menurunkan iklan penjualan terbabit.

"Pentadbir portal memberi kerjasama menurunkan iklan serta artikel yang berkaitan," kata kenyataan itu.

MCMC menggesa semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi sehingga pihak berkuasa melengkapkan siasatan.

Baru-baru ini, portal terbabit menyiarkan artikel mengenai jualan data pengguna secara berleluasa membabitkan maklumat peribadi beberapa agensi dan syarikat di negara ini.

Disiarkan pada: October 20, 2017 @ 5:49pm
d