mutakhir

Happy Birthday Shafie [METROTV]

Oleh Norasikin Daineh

KIRA-KIRA 200 penyokong Parti Warisan Sabah (WARISAN) dilihat menyanyikan lagu 'Happy Birthday' atau selamat hari jadi untuk Presiden parti itu, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, di perkarangan Mahkamah Kota Kinabalu.

Mereka dipercayai hadir untuk memberikan sokongan kepada Mohd Shafie Apdal yang dibawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk prosiding tahanan reman di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, 2.10 petang tadi.

Ia bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana RM1.5 billion Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Turut kelihatan, isteri Mohd Shafie, Datin Seri Shuryani Shuaib dan anak sulung mereka Mohd Shezwi memotong kek sambutan hari jadi Mohd Shafie.

Hari ini adalah ulang tahun ke-60 Mohd Shafie yang juga bekas Menteri KKLW.

Terdahulu, Mohd Shafie tiba Mahkamah Kota Kinabalu dengan sebuah ambulans dari Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH1).

Selepas ditahan SPRM semalam, Mohd Shafie dimasukkan ke hospital itu kerana tekanan darah tinggi.

Bagaimanapun, beliau kini dilaporkan dalam keadaan baik.

Disiarkan pada: October 20, 2017 @ 5:58pm
d