mutakhir

Ibu maut, anak, cucu parah

Oleh Ainul Durmahyanty Durming

WANITA warga emas maut manakala anak dan dua cucunya parah dalam kemalangan dua kenderaan di KM45 Jalan Lahad Datu-Tungku, Lahad Datu.

Marisah Melantong, 60, penumpang belakang Perodua Axia meninggal dunia di lokasi kemalangan pada kira-kira 2 petang semalam.

Pemandu, Nita Avelino, 40, dan anaknya, Nurhanizah Lanjaihu, 12, Mohammad Arman Shah Abdullah, 3, parah dalam kemalangan itu.

Seorang ahli keluarga mereka, Rosli Matin, 23, turut parah dan dihantar ke Hospital Lahad datu untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad, berkata siasatan awal mendapati Perodua Axia dinaiki lima sekeluarga itu dari Lahad Datu ke Tungku.

Menurutnya, Proton Preve pula dari arah bertentangan.

“Pemandu Axia dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh Preve,” katanya.

Hamzah berkata, pemandu Preve berusia 29 tahun hanya cedera.

"Siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Disiarkan pada: October 21, 2017 @ 2:49pm
d