mutakhir

'Kenapa babitkan saya?'

Oleh Sudirman Mohd Tahir

PELAKON Zahirah Macwilson kesal apabila namanya disebut Emma Maembong dalam satu portal berita bagi menjawab mengenai hubungan dengan kekasihnya, Kamal Adli yang dikatakan berantakan.

Zahirah, 22, ketika ditemui Harian Metro berkata, tindakan Emma itu seolah-olah mengaitkan dirinya sebagai orang ketiga dalam hubungan dengan Kamal.

“€œMemang tidak adil apabila dia menyebut nama saya yang sekali gus meninggalkan persoalan. Apa yang berlaku tidak ada kena mengena dengan saya. Jadi kenapa perlu babitkan saya?

“€œSaya terkejut dengan tindakan Emma yang mengeluarkan kenyataan begitu sedangkansebelum ini kami sudah berjumpa untuk menyelesaikan masalah ini.

“€œSaya sudah ada kekasih. Buat apa saya nak rampas Kamal daripada dia? Malah, kekasih saya juga tahu mengenai perkara ini,” katanya yang juga kekasih kepada pelakon Zul Ariffin.

Zahirah yang juga pelakon drama Duda Pujaan Dara tidak menafikan ada pihak yang sengaja menjadi batu api bagi mengeruhkan lagi keadaan.

“œApabila membaca kenyataan Emma, saya berdiam diri lagi kerana terbabit dengan penggambaran drama di Johor Bharu. Saya tak nak mengganggu kerja. Saya tunggu masa sesuai.

“€œSaya malas nak bersuara jika ia hanya masalah remeh. Namun, apa yang keluar saya anggap melampau kerana mengheret nama saya sekali. Saya perlu jelaskan perkara ini supaya orang berhenti menuduh saya yang bukan-bukan.

“Bagi saya, perkara ini tidak kecoh jika tidak ada pihk yang bersikap batu api. Ia memburukkan lagi keadaan,” katanya.

Mengulas mengenai hubungannya dengan Kamal, Zahirah menjelaskan mereka sekadar rakan pelakon yang membawakan watak hero dan heroin dalam drama Duda Pujaan Dara.

Bagaimanapun, Zahirah menafikan keakraban mereka di layar terbawa-bawa ke luar lokasi seperti didakwa.

“€œDiakui di lokasi penggambaran semua orang rapat. Malah pengarah puji keserasian kami menjadi dalam drama ini.

“€œEmma sendiri ada memuat naik klip drama ini dalam Instagramnya. Jadi, saya beranggapan dia okay.

“€œBagi saya, Emma patut percaya kekasihnya seperti mana saya lakukan. Lagipun isu ini ditimbulkan selepas sebulan saya terbabit dalam drama lain. Kalau Kamal dan Emma ada bergaduh sekali pun, itu urusan mereka. Kenapa saya perlu jadi mangsa?”€ katanya.

Terdahulu, Emma dalam sebuah kenyataan meminta Kamal dan Zahirah menjawab mengenai dakwaan kononnya hubungan dengan Kamal berantakan apabila pelakon lelaki itu memuat naik status ‘€˜doakan yang baik-ba’k’.

Kenyataan Emma itu dibalas Kamal dengan menyifatkan hubungan mereka baik selain menyelar sikap orang sekeliling Emma yang bersikap batu api.

Disiarkan pada: October 21, 2017 @ 5:04pm
d