mutakhir

Kilang papan lapis terbakar

Oleh Omar Osman

KILANG memproses papan lapis di Jalan Pinang Tunggal, Sungai Petani musnah dalam kebakaran malam ini.

Kebakaran bermula pada 10 malam dan sehingga 12 tengah malam operasi memadam kebakaran masih giat dijalankan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran 10.05 malam dan segera ke lokasi kejadian bersama dua jentera termasuk ambulans Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

Menurutnya, sebaik tiba mendapati api sedang marak dan tindakan segera terus diambil untuk memadamkan kebakaran daripada merebak.

"Kerja-kerja memadam kebakaran masih dijalankan namun agak sukar kerana tekanan air rendah.

"Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Disiarkan pada: October 22, 2017 @ 12:16am
d