mutakhir

Mayat keempat ditemui

Oleh Shamsul Munir Safini

MAYAT keempat kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah dikeluarkan pasukan penyelamat, malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Saadon Moktar berkata, mayat itu dikesan anggota penyelamat yang melakukan pemantauan permukaan di lokasi kejadian.

“Mangsa dikesan dalam keadaan tertimbus sebelum mayatnya dapat dikeluarkan pada 11.31 malam. Ini sekali gus menjadikan jumlah mangsa yang masih tertimbus adalah 10 orang.

“Kita akan teruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR), pada kira-kira 8 pagi," katanya.

Berita berkaitan

Operasi dihentikan 7 malam, sambung esok

Bina berdekatan kuari antara punca

'Saya mahu lihat jasadnya...'

Dua hingga tiga hari keluarkan mayat

Sah 14 tertimbus, 3 dah jumpa

'Belum tau punca' kata Datuk Bandar Penang

'Tak sampai 1 minit pun...semua tertimbus'

Tanah runtuh, 15 tertimbus di Tanjung Bungah

Disiarkan pada: October 22, 2017 @ 6:43am
d