mutakhir

Banjir Tuaran pulih

Oleh Recqueal Raimi

BANJIR di Tuaran pulih selepas dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ditutup, hari ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tuaran, Paulina Francis berkata, 245 penduduk sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

"PPS di Masjid Kampung Bunga Tenghilan ditutup pada 11.15 pagi manakala di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Nangka, ditutup pada 1 tengah hari.

"Bagaimanapun anggota APM masih menjalankan pemantauan secara berkala dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) masih dibuka sebagai langkah keselamatan.

"Selain itu, APM tetap memantau di kawasan hotspot serta kampung lain yang terjejas sebelum ini," katanya dihubungi.

Sementara itu, lapan PPS di Kota Belud masih kekal dengan jumlah sebanyak 2,132 sejak jam 10 malam tadi.

Disiarkan pada: October 22, 2017 @ 3:25pm
d