mutakhir

Lelaki maut tercampak kereta

Oleh HM Digital

Kuala Lumpur: Seorang lelaki maut akibat tercampak keluar dari dalam kereta dinaiki sejurus kenderaan itu terbabas di Kilometer 5.1, Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd (SPRINT), awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa, D Shubash, 21, penumpang kereta Proton Iswara tercampak keluar dari kenderaan berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, mangsa menaiki kenderaan itu dari arah Kerinchi di sini, menghala ke Semantan.

Disiarkan pada: October 23, 2017 @ 8:35am
d