mutakhir

Pencuri motosikal dapat `upah' penumbuk

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

LELAKI ditahan penduduk kampung ketika cuba mencuri motosikal di Kampung Stunggang, di Lundu, 8 pagi hari ini.

Dua suspek masing-masing berusia 26 dan 27 tahun dilihat dalam keadaan mencurigakan di kawasan kampung berkenaan dengan menunggang motosikal curi milik seorang penduduk.

Gambar suspek ditahan menjadi tular di laman Facebook (FB) hari ini dan orang ramai memuji tindakan pantas penduduk kampung yang berjaya mematahkan cubaan mencuri motosikal itu.

Ketua Polis Daerah Lundu Deputi Superintendan Wong Chee Keong berkata, kedua-dua suspek yang juga warga Indonesia cuba meloloskan diri namun salah seorang daripada mereka berusia 26 tahun berjaya dicekup manakala rakannya melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.

"Berlaku pergelutan antara penjenayah dan penduduk kampung yang cuba menahannya. Akibatnya suspek mengalami kecederaan di muka, badan dan kaki.

"Suspek kemudiannya dihantar ke Hospital Lundu untuk menerima rawatan dan ditahan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Chee Keong berkata, polis kini sedang giat memburu seorang lagi suspek dikenali sebagai Daya Ajiu, 27.

Disiarkan pada: October 23, 2017 @ 3:51pm
d