mutakhir

Keluarga masih bersedih

Oleh Zuhainy Zulkiffli

WARIS kepada Yuan Kuok Wern, 27, belum memutuskan sama ada mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak selepas mendiang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di kawasan pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, Georgetown, Sabtu lalu.

Jurucakap keluarga mangsa, David Giam, 57, berkata, keluarga Yuan pada masa ini hanya fokus terhadap pengebumian mangsa yang dijangka dilakukan pada Jumaat ini, di Lorong Kenari, Sungai Ara, Georgetown.

Katanya, keluarga mangsa sehingga kini masih bersedih dengan kejadian itu memandangkan mangsa ialah satu-satunya anak lelaki dalam keluarga itu.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada agensi yang terbabit dalam gerakan mencari dan menyelamat semua mangsa termasuk pasukan Bomba dan Penyelamat dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pelbagai badan dan agensi.

"Keluarga Yuan masih berduka, justeru kami memohon supaya diberi ruang kepada mereka," katanya ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP), hari ini.

Yuan adalah mangsa ke-10 ditemui pada 7.03 pagi ini sebelum berjaya dikeluarkan 11.02 pagi.

Manakala mayat warga Bangladesh, Muhammad Monirul Islam adalah yang terakhir ditemui pada 7.13 pagi sebelum berjaya dikeluarkan 8.31 pagi.

Seramai 11 mangsa tertimbus dalam tragedi berkenaan.

Berita berkaitan

Belum terima gaji pertama

Semua mayat dah dikeluarkan

Jumpa selepas 46 jam tertimbus

Suruhanjaya siasat tragedi

[UPDATE] Mayat mangsa ke-11 dibawa keluar

Jumpa selepas 46 jam tertimbus

Semua 11 mangsa tertimbus dah ditemui

Mangsa ke-9 warga Bangladesh

Mangsa ke-9 bawah bongkah batu

Jumpa mayat ke-8

Padah guna dron di lokasi tanah runtuh

Tiga jam bawa keluar mayat ketujuh

'Mamang amat rindu anak'

Mayat tersepit antara konkrit, besi cerucuk

‘Henti projek serta-merta’

Sah 11 mangsa, cari 5 lagi

Enam dah jumpa

Mayat keempat ditemui

Operasi dihentikan 7 malam, sambung esok

Bina berdekatan kuari antara punca

'Saya mahu lihat jasadnya...'

Dua hingga tiga hari keluarkan mayat

Sah 14 tertimbus, 3 dah jumpa

'Belum tau punca' kata Datuk Bandar Penang

'Tak sampai 1 minit pun...semua tertimbus'

Tanah runtuh, 15 tertimbus di Tanjung Bungah

Disiarkan pada: October 23, 2017 @ 6:40pm
d