mutakhir

Kerana mengantuk

Oleh Mohd Amin Jalil

PEMANDU lori tersepit apabila lori muatan baja dipandunya terbabas di Kilometer 270.9, arah selatan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat Seremban, awal pagi, hari ini.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Nilai, Alias Ahmad berkata, pada kejadian 4 pagi itu, mangsa, M Murali, 30, dalam perjalanan menghantar baja dari Nilai menuju ke Bahau, Jempol.

Katanya, setibanya di lokasi, kenderaan itu hilang kawalan lalu terbabas di sebelah kiri jalan.

"Pihak bomba menerima panggilan mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi. Sebaik tiba pada 4.25 pagi, mangsa didapati menahan kesakitan akibat tersepit," katanya.

Alias berkata, lelaki itu yang cedera di kaki dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban untuk rawatan lanjut.

"Berdasarkan siasatan awal, pihak bomba percaya lelaki itu mengantuk sebelum terbabas," katanya.

Disiarkan pada: October 23, 2017 @ 7:55pm
d