mutakhir

Bakar sampah punya pasal

Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail

PEMBAKARAN sampah tidak terkawal punca bahagian depan rumah Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) di Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur terbakar, hari ini.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Zamani Ismail berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada 5.31 petang.

Menurutnya, dua jentera bersama 16 anggota dan satu unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, kami dapati berlaku kebakaran di kawasan parkir rumah GAPENA dipercayai berpunca daripada api pembakaran sampah yang tidak terkawal oleh pekerja pembersihan di kawasan itu.

"Bagaimanapun, api berjaya dipadamkan pada 5.46 petang," katanya.

Katanya, tiada mangsa terbabit kerana rumah itu tidak berpenghuni.

Disiarkan pada: October 23, 2017 @ 8:53pm
d