mutakhir

Hilang 19 jam

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor dan Mohd Amin Jalil

HAMPIR 19 jam hilang, pegawai bank yang sesat ketika mendaki Gunung Gagak, Rembau semalam, ditemui selamat pada 3.01 petang, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, mangsa, Teoh Kok Ping, 28, ditemui dalam keadaan lemah namun tidak cedera.

Katanya, lelaki itu mendaki seorang diri pada 5.30 petang semalam dan dilaporkan hilang pada 8.15 malam.

Sehubungan itu pasukan mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan untuk mengesannya mulai 9 malam.

"Operasi disertai pihak bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Hutan berlanjutan hingga 12 tengah malam. Ia terpaksa dihentikan berikutan cuaca yang gelap serta hutan tebal.

"Gerakan mencari diteruskan awal pagi ini sebelum mangsa ditemui di puncak gunung," katanya.

Jurucakap itu berkata, lelaki itu menghubungi talian kecemasan sebaik sesat ketika mahu menuruni puncak gunung, malam semalam.

Disiarkan pada: October 23, 2017 @ 10:42pm
d