mutakhir

Padah beri orang guna kad bank

Oleh HM Digital

Melaka: Gara-gara membenarkan kad bank miliknya digunakan individu lain bagi penipuan pinjaman wang yang tidak wujud dua tahun lalu, seorang pembantu tukang masak didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, semalam.

Majistret Norina Maludin menjatuhkan hukuman itu keatas tertuduh, Tan Wee Chuen, 21, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan yang dibacakan jurubahasa.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, tertuduh didakwa dalam akaun Public Bank miliknya dimasukkan wang RM9,800 (RM4,400, RM4,400 dan RM1,000) apabila dia tidak dapat memberikan penjelasan munasabah bagaimana memperoleh wang berkenaan.

Disiarkan pada: October 24, 2017 @ 5:23am
d