mutakhir

MAMA syor perbanyak nurseri

Oleh Suraya Roslan

Kuala Lumpur: Persatuan Majikan Amah Malaysia (MAMA) berharap lebih banyak nurseri dapat dibuka di tempat kerja dan diberikan pengecualian cukai menerusi Bajet 2018, Jumaat ini.

Presidennya, Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein berkata, pihaknya berharap syor untuk memperbanyakkan nurseri diperhalusi dan diluluskan kerajaan dalam mengurangkan kebergantungan kepada amah warga asing.

“Keperluan mendesak ini sering membelenggu ibu bapa mengurangkan masalah penderaan anak oleh amah dan juga kematian tersedak susu.

“Pengecualian cukai kepada pemilik syarikat membolehkan nurseri dibina di tempat kerja menyebabkan produktiviti pekerja juga meningkat tanpa memikirkan anak yang dijaga di rumah,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, pihaknya turut berharap dalam pembentangan bajet berkenaan kerajaan dapat memberi peruntukan untuk melatih tenaga kerja tempatan sebagai pengasuh dan mampu menjimatkan aliran keluar mata wang negara.

Disiarkan pada: October 24, 2017 @ 9:37am
d