mutakhir

Bekas setiausaha Shafie Apdal bebas reman [METROTV]

Oleh Mohd Husni Mohd Noor

DUA bekas setiausaha Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang disiasat berhubung penyelewengan dana awam bernilai RM1.5 bilion sejak Khamis lalu dibebaskan dari tahanan reman, pagi ini.

Perintah tamat reman dikeluarkan Majistret Nik Muizzuddin Nik Muhammad di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Nik Muizzuddin turut menetapkan Setiausaha Sulit, Izhar Idrus dan Setiausaha Akhbar, Zamri Maulan dibebaskan dengan jaminan tunai RM15,000 beserta seorang penjamin.

Kedua-dua lelaki berkenaan masing-masing adalah bekas setiausaha sulit dan setiausaha akhbar ketika Mohd Shafie memegang jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Mereka sebelum ini direman selama lima hari bermula 20 Oktober lalu berhubung kes penyelewengan dana awam bagi projek pembangunan luar bandar bernilai RM1.5 bilion yang disalurkan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Sabah antara 2009 hingga 2015.

Selain Mohd Shafie, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menahan 13 individu bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana berkenaan.

Berita berkaitan:

2 bekas setiausaha Shafie ditahan

Disiarkan pada: October 24, 2017 @ 12:59pm
d