mutakhir

Pesawat Firefly mendarat cemas

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

PESAWAT Firefly yang baru berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Bayan Lepas terpaksa berpatah balik akibat masalah teknikal, hari ini.

Dalam kejadian 10 pagi itu pesawat FY2087 dijadualkan berlepas dari LTAPP ke Subang terpaksa berpatah balik beberapa minit kemudian.

Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Ignatius Ong berkata, pesawat terpaksa melakukan pendaratan kecemasan selepas kerosakan dikenal pasti.

"Pesawat mendarat dengan selamatnya dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan pemeriksaan rapi dilakukan," katanya ketika dihubungi.

Ignatius berkata, punca sebenar kejadian masih lagi disiasat.

Jumlah sebenar penumpang yang berada di dalam pesawat masih belum diperolehi.

Disiarkan pada: October 24, 2017 @ 1:25pm
d