mutakhir

Pakej urutan `ayam' China

Razik Zayad

SEMBILAN wanita warga China ditahan selepas disyaki menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk menjalankan aktiviti tidak bermoral di sebuah hotel di Kompleks Asia City, Kota Kinabalu.

Dalam serbuan 8 malam tadi, warga asing berusia antara 20 tahun dan 40-an itu dipercayai bekerja sebagai tukang urut dan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.

Jurucakap Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah berkata, pihaknya menjalankan Op Ikrar di hotel itu susulan maklumat diterima dari orang ramai.

Beliau berkata, semua wanita warga asing itu ditahan selepas didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial.

"Selain itu, anggota penguat kuasa turut menemui beberapa bungkusan kondom yang digunakan untuk tujuan maksiat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya.

Disiarkan pada: October 24, 2017 @ 2:23pm
d