mutakhir

'Pade muko mu, sapo suruh te bini'

Oleh Muhamaad Razis Ismail

AKIBAT mencederakan isterinya hingga patah jari hantu kiri, seorang pembantu kedai gambar dipenjara tiga tahun di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini.

Kejadian berlaku selepas tertuduh Mohd Muzieakmar Mohamad,30, bergelut dengan isterinya yang enggan memberi wang untuk membeli rokok, bulan lalu.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Muzieakmar Mohamad, 30, mengaku salah terhadap pertuduhan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara bermula dari tarikh ditangkap pada 4 September 2017.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Nurul Fatihah Abdullah, 26, iaitu patah jari tengah tangan kiri dalam satu pergelutan di sebuah rumah di Kampung Pasir Tumbuh, di sini, pada 1.30 tengah hari, 3 September 2017.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman ringan kerana sudah insaf dengan kesalahannya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Hajarul Falenna Abu Bakar memohon hukuman setimpal untuk memberi pengajaran terhadap tertuduh dan orang awam.

Disiarkan pada: October 24, 2017 @ 4:11pm
d