mutakhir

Sebutan semula 27 November ini

Oleh Murni Wan Omar

MAHKAMAH Tinggi Syariah Kuala Lumpur menetapkan 27 November ini untuk sebutan semula kes tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak antara pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT), Amirul Hadi Zainal dengan bekas isterinya, Hanita Halid.

Selain dua tuntutan itu, Hanita Halid, 26, yang juga bekas gimnas itu memohon nafkah edah dan mutaah.

Hari ini ditetapkan pengurusan kes dihadapan Penolong Pendaftar Nur Safiza Zainal Abidin. Bagaimanapun, Amirul Hadi gagal hadir.

Hanita hadir bersama peguam syarie Muhammad Amirul Ashraf Ab Ghani dan Muhammad Zawawi Jalaludin.

Beliau memfailkan permohonan itu pada 23 Februari lalu.

Menurut Muhammad Amirul Ashraf, pihaknya sudah menyerahkan saman dan penyata tuntutan kepada Amirul Hadi pada Jun lalu.

“Pihak Amirul Hadi sudah menerimanya bagaimanapun sehingga kini masih tiada sebarang balasan atau pernyataan bertulis darinya.

“Pada tarikh akan datang, mahkamah meminta pihak Amirul Hadi untuk membuat afidavit jawapan bertulis terhadap tuntutan kami,” katanya.

Amirul Hadi dan Hanita bernikah pada 1 Mei 2015 sebelum bercerai pada 6 Oktober tahun lalu.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia dua tahun.

Amirul Hadi difahamkan sudah bernikah dengan seorang wanita berasal dari Johor Bharu pada 1 Januari lalu.

Disiarkan pada: October 24, 2017 @ 6:45pm
d