mutakhir

Perhatian pemilik Honda HR-V!

Oleh Lizam Ridzuan

HONDA Malaysia memanggil semula 2,814 unit model HR-V tahun pembuatan 2016 bagi penggantian besi penstabilan hadapan yang berkemungkinan patah jika berada di bawah tekanan tinggi.

Walaupun tiada lagi insiden atau kemalangan membabitkan model itu disebabkan oleh bahagian terbabit di Malaysia, namun demi keselamatan pemilik, penggantian kepada alatan bahagian yang baharu adalah langkah terbaik.

Ketika ini sebanyak 50 peratus alat ganti sudah sedia untuk proses penggantian di seluruh negara dan dijangka mencapai 100 peratus pada pertengahan November tahun ini.

Semua pemilik sudah dimaklumkan melalui surat dan Honda Malaysia menyeru mereka untuk ke pusat servis Honda berdekatan bagi pemeriksaan dan penggantian secara percuma.

Pemilik Honda HR-V lain juga boleh memeriksa status kenderaan mereka melalui laman web www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my serta talian bebas tol 1-800-88-2020.

Disiarkan pada: October 24, 2017 @ 9:11pm
d