mutakhir

Perintah tamat reman

Putrajaya: Dua bekas setiausaha Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang disiasat berhubung penyelewengan dana awam bernilai RM1.5 bilion sejak Khamis lalu dibebaskan dari tahanan reman, semalam.

Perintah tamat reman dikeluarkan Majistret Nik Muizzuddin Nik Muhammad di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Nik Muizzuddin turut menetapkan kedua-dua lelaki berkenaan dibebaskan dengan jaminan tunai RM15,000 serta seorang penjamin.

Kedua-dua lelaki berkenaan masing-masing adalah bekas setiausaha sulit dan setiausaha akhbar ketika Mohd Shafie memegang jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Mereka sebelum ini direman selama lima hari bermula 20 Oktober lalu berhubung kes penyelewengan dana awam bagi projek pembangunan luar bandar bernilai RM1.5 bilion yang disalurkan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Sabah antara 2009 hingga 2015.

Selain Mohd Shafie, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menahan 13 individu bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana berkenaan.

Disiarkan pada: October 25, 2017 @ 5:54am
d